05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


23 Jun 2011 (Khamis) – YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana  Menteri telah merasmikan Sekolah Rendah Agama An-Najah dan Surau An-Najah, di Dataran SRA An-Najah dan Surau An-Najah Presint 9, Putrajaya.

Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

SRA An-Najah merupakan sekolah agama pertama yang dibina di Putrajaya dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran serta pengajaran yang sempurna. Sekolah ini mempunyai satu blok bangunan tiga tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah serta kemudahan lain seperti pejabat, bilik guru, kantin, perpustakaan dan surau yang sempurna bukan sahaja untuk kemudahan warga sekolah tetapi turut dibuka untuk kegunaan masyarakat Islam di sekitar Putrajaya, terutamanya penduduk di kawasan Presint 9.

Surau An-Najah yang terletak di kawasan Sekolah Rendah Agama An-Najah ini pula sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 5 Mei 2011 dan diletakkan di bawah pentadbiran zon 7, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI Putrajaya. Keluasan binaan bangunan surau ini ialah 5000 kaki persegi dan mampu menampung jemaah sekitar 400 orang pada satu-satu masa. Manakala kawasan luar dewan solat pula boleh menampung 200 orang jemaah. Justeru, surau ini mampu menampung sehingga 600 orang jemaah. Selain itu, surau ini juga turut mempunyai kemudahan keluar masuk iaitu melalui tiga pintu utama dan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta di kawasan sekolah, tempat wuduk (lelaki dan wanita), tandas yang selesa serta rak kasut (lelaki dan wanita), bilik imam, bilik pengurusan jenazah dan stor untuk menyimpan barang.
 
    
 
    

    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria