05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LATIHAN PERKHIDMATAN ONLINE SPPIM 2.0 ANJURAN BERSAMA JAWI DAN JAKIM MEMPERKASA PERANAN JURUNIKAH WILAYAH PERSEKUTUAN

 WhatsApp Image 2025 04 29 at 13.56.13

30 April 2025  I  2 Zulkaedah 1446H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Program Latihan Perkhidmatan Online dan Pradaftar Nikah Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 2.0 bagi Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan.

Program ini diadakan bermula pada 28 April 2025 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, bagi PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seterusnya pada 29 April 2025 di JAWI Cawangan Putrajaya, bagi PPNCR Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan berakhir pada 30 April 2025 di JAWI Cawangan Labuan, bagi PPNCR Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan program latihan ini dijalankan adalah untuk menyampaikan maklumat dan informasi terkini berkaitan perkhidmatan dalam talian SPPIM versi baharu kepada PPNCR Wilayah Persekutuan, dan dalam masa yang sama memperkenalkan modul baharu Pradaftar Nikah untuk diaplikasikan sepanjang tugasan mereka selaku jurunikah di Wilayah Persekutuan.

Perasmian pembukaan program latihan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM pada hari pertama program, manakala perasmian penutup pada hari terakhir program pula disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM. Penceramah sepanjang program latihan ini pula disampaikan oleh YBrs. Puan Rosnahni binti Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK JAKIM, dengan dibantu oleh fasilitator dan urus setia dari BPPK JAWI, JAWI Putrajaya dan JAWI Labuan.

WhatsApp Image 2025 04 30 at 12.23.05 1

WhatsApp Image 2025 04 29 at 13.56.34

Turut hadir dalam program ini YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Labuan, dan YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK JAWI.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, terutama dari Bahagian KSK JAKIM, dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak membantu sepanjang program latihan ini dilaksanakan.

WhatsApp Image 2025 04 29 at 13.55.08

WhatsApp Image 2025 04 29 at 13.56.20

WhatsApp Image 2025 04 29 at 13.56.23

 

 

Disediakan oleh:
 
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar