05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

"KELUARGA BAHAGIA INSPIRASI MADANI" TEMA WACANA KEKELUARGAAN ISLAM 2025

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.15

30 April 2025  I  2 Zulkaedah 1446H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), telah mengadakan Program Wacana Kekeluargaan Islam 2025 bertemakan “Keluarga Bahagia Inspirasi Madani” bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kursus ini dihadiri oleh seramai 221 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta.

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.16

Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga, peka kepada isu-isu berkaitan kekeluargaan dari perspektif perundangan, sosiologi, psikologi mahupun ekonomi. Sepanjang program ini, peserta didedahkan kaedah dan cara mengurus emosi diri dan keluarga seluruhnya. Malah program ini juga menjadi salah satu medan kepada jabatan untuk menjelaskan konsep kekeluargaan Islam yang selaras dengan pendekatan Maqasid Syariah khususnya dalam konteks pengukuhan institusi keluarga.

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.17

Slot dalam program wacana pada kali ini telah diisi dengan ceramah daripada penceramah yang berpengalaman iaitu Yang Mulia Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khaliddaripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan YBrs. Encik Mohd Farid bin Mohamad Japeri dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Manakala perasmian program wacana kali ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.15 1

Semoga program ini dapat memberi manfaat serta impak yang besar seterusnya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan iaitu melahirkan insan yang beretika, profesional dan berwibawa dalam membentuk keluarga bahagia mengikut acuan Islam.

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.14

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.20 1

WhatsApp Image 2025 04 30 at 17.21.19 1

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar