05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:17
Asar
19:06
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM (MAULIDUR RASUL) ORANG KURANG UPAYA (OKU) TAHUN 2024

pki1

 

22 September 2024M | 18 Rabiulawal 1446H (AHAD) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Orang Kurang Upaya (OKU), Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid al-Imam al-Ghazali, Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Program Kefahaman Islam bersempena Maulidur Rasul bersama warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Dewan Serbaguna Masjid al-Imam al-Ghazali. Program ini juga diadakan bersempena dengan Karnival Maulidur Rasul Peringkat Zon 1 JAWI Masjid al-Imam al-Ghazali.

Program ini berlangsung selama dua hari bermula 21 September hingga 22 September 2024. Seramai lebih kurang 200 orang warga OKU Penglihatan dan Pendengaran telah mengikuti program ini. Pengisian program pada kali ini berbentuk forum yang telah dikendalikan oleh 2 orang panel iaitu Ustaz Ahmad Fathi bin Muhammad, Timbalan Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ustaz Khubaib bin Muhamad Asmadi yang merupakan pengasas kepada Seerah Center. Forum kali ini memfokuskan perbincangan sekitar sirah Nabi Muhammad SAW dalam menyantuni warga OKU dengan tajuknya “Rasulullah SAW & OKU: Kasih yang Tidak Terpinggir”.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat menjadi pemangkin kepada warga OKU untuk mengenali Rasulullah SAW dan menambahkan rasa cinta kepada Baginda serta sentiasa berusaha untuk mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah SAW. Sesungguhnya, cinta dan kasih sayang Nabi Muhammad SAW tidak mengenal rupa, warna kulit, bangsa, keturunan, dan pangkat. Bahkan, dakwah Baginda merentasi umat dan zaman.

 

 

pki2 pki4
pki8 pki7
pki6 pki5

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel