05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Diskusi 1

30 April 2024 | 21 Syawal 1445H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Kekeluargaan Islam" Insprirasi Keluarga Madani" bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur yang berteraskan kepada tiga prinsip utama iaitu Sakinah (ketenangan), Mawaddah (kasih sayang) dan Rahmah (belas kasihan) dipilih sebagai tema diskusi pada kali ini selaras dengan konsep Negara Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Diskusi ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk keluarga yang bahagia berasaskan acuan sakinah, mawaddah dan rahmah.  Di samping itu, ia juga menjadi platform untuk percambahan ilmu berkaitan pendidikan kekeluargaan yang komprehensif dan bersistematik bagi memperkasakan peranan keluarga madani ke arah usaha memakmurkan dan mensejahterakan negara. 

Diskusi bermula dengan slot pertama oleh YBrs. Tuan Mohd Farid bin Mohamed Japeri, Timbalan Pengarah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Jelebu.  Beliau menyampaikan tajuk “Mawaddah Wa Rahmah Inspirasi Keluarga Madani”. Kemudian diikuti dengan slot kedua oleh YBrs. Encik Mohd Isa bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Operasi, Bahagian Penguatkuasaan, JAWI yang mengupas tajuk menarik iaitu “Kesihatan Mental: Antara Keseimbangan Hidup, Kerja dan Keluarga”.

Seramai 200 orang peserta telah menghadiri diskusi pada kali ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO). Rata-rata peserta telah memberi maklumbalas positif dan berharap diskusi ini dapat dijalankan untuk siri-siri seterusnya "Program simple tapi input yang amat menarik" antara komen salah seorang peserta yang hadir.

Timbalan Pengarah Operasi JAWI iaitu YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin telah hadir menyempurnakan acara perasmian penutupan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBrs. Ustazah Hasyidah binti Mohd Noor, Ketua Cawangan Runding Cara dan Pembangunan Keluarga Islam mewakili Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI. 

Pihak penganjur berharap agar pelaksanaan diskusi ini dapat memberi input yang berguna dan bermanfaat kepada para peserta.

diskusi 2 Diskusi 3
Diskusi 4 Diskusi 5
Diskusi 6 Diskusi 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel