05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BIMBINGAN AL-QURAN & FARDU AIN OKU PENDENGARAN & JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

KB1

 

21 April 2024M (AHAD) | 12 Syawal 1445H - Telah berlangsung Kelas Bimbingan Al-Quran & Fardhu Ain OKU Pendengaran anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Tenaga pengajar pada hari ini telah disampaikan oleh Tn.Hj Aqlam bin Jafri yang bertajuk ‘Mukjizat al-Quran’.

Para peserta turut diraikan dengan jamuan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemeriahan sambutan amat terasa apabila para peserta turut sama-sama menyediakan juadah masing-masing yang menambahkan lagi ikatan ukhuwah sesama peserta.


Selain itu, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut hadir bersama untuk menjalankan temu bual bersama tenaga pengajar pada sesi kali ini. Temu bual ini merupakan sesi pertama daripada beberapa siri perolehan data kajian yang akan dijalankan secara berkala. Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik pelaksanaan kelas-kelas fardu ain OKU yang telah dianjurkan agar lebih komprehensif dan dapat memenuhi keperluan warga OKU dalam usaha mempelajari ilmu agama.
Semoga pelaksanaan kelas ini dapat diperkasakan dari semasa ke semasa dan memberi manfaat kepada ummah khususnya bagi golongan OKU Pendengaran itu sendiri. 

 

 

KB2 KB3
KB4 KB5
   

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel