05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PEMAHAMAN HAK MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2024

SM1

 

23 April 2024M (SELASA) | 14 Syawal 1445H - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan Seminar Pemahaman Hak Mualaf siri1/2024. Seminar yang diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Sentul Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang tuntas kepada semua mualaf berkaitan hak dan keistimewaan serta perkara- perkara- yang perlu dipatuhi oleh seorang mualaf setelah memeluk agama Islam terutama dalam bidang pengajian dan kebajikan.


Alhamdulillah, seramai 100 orang peserta berjaya hadir serta dapat memahami dengan sebaiknya penerangan yg telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim dari Unit Pendaftaran dan Pengislaman, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Ustaz Mohd Saiful Hafiz Vijia bin Abdullah dari Bahagian Baitulmal, MAIWP.


Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kebajikan Saudara Baru yang mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Semoga Seminar ini memberi kefahaman yang sebaiknya kepada asnaf mualaf untuk terus memahami hak mereka seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.Ustaz, boleh terangkan apa itu terawih dan lailatul qadar. Bila orang normal terangkan saya masih tak faham walaupun dalam bahasa isyarat. Adakah saya dapat pahala solat terawih walaupun saya tak faham mengenainya?” Tanya salah seorang peserta daripada OKU Pendengaran Kem Ibadah MADANI OKU semalam.
Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Kem Ibadah MADANI OKU Tahun 2024 yang bertemakan Fiqh Ibadat di Masjid Jamek Kampong Bharu Kuala Lumpur. Program ini turut diadakan bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI bersama masyarakat. 


Para peserta OKU berpeluang untuk mengutarakan pelbagai soalan yang membelenggu mereka berkait ibadat dalam kehidupan seharian mereka melalui slot ‘OKU Tanya, Ustaz Jawab’ yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, Tn.Hj Sabran Jamil bin Ab Razak.
Seterusnya program ini diteruskan dengan slot 2 mengenai ‘Teori Rukhsah Solat’ berserta latihan secara praktikal secara berkumpulan semasa slot ketiga agar para peserta OKU dapat belajar secara lebih terperinci dan berfokus.


Program ini telah disertai oleh 200 peserta daripada pelbagai jenis OKU antaranya OKU Penglihatan, OKU Pendengaran, OKU Fizikal, OKU Masalah Pembelajaran, OKU Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan orang awam. Selain itu, program ini turut dijayakan dengan bantuan 15 orang jurubahasa isyarat, 30 orang fasilitator, dan 15 orang sukarelawan. 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Jamek Kampong Bharu yang telah  menyediakan tempat dan fasiliti yang selesa serta mesra OKU kepada para peserta. Seterusnya, ribuan terima kasih turut diucapkan kepada JAWI Food Bank, Noraini’s Cookies, dan Syarikat Salmi Hj Tamin yang telah menaja barang sumbangan kepada para peserta.  
Semoga para peserta dapat memahami dan mendapat penjelasan yang sewajarnya melalui program ini.

 

 

SM2 SM3
SM4 SM5
SM6 SM7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 


Cetak   Emel