05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH WANITA BERSAMA MUSLIMAT MASJID JAMEK ALAM SHAH

WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.46 PM 2

27 FEBRUARI 2024M | 17 SYAABAN 1445H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Jamek Alam Shah telah menganjurkan Program Kelas Tafaqquh Wanita sebanyak 2 siri sepanjang bulan Februari 2024.

Penganjuran kelas pengajian ini merupakan salah satu usaha dalam memperkasa kefahaman agama terhadap golongan wanita. Wanita mungkin dilihat sebagai figura lemah lembut luarannya, tetapi jika dibaja dan disemai dengan kefahaman agama yang jitu, figura ini mampu melahirkan ummah yang terdidik rohaninya sekaligus menegakkan agama Islam di mata dunia.

Kelas siri pertama pada 22 Februari 2024 (Khamis) telah disampaikan oleh Da’i Hakim dengan kupasan topik “Wanita Dambaan Syurga Firdausi”. Antara tips yang dikongsikan oleh penceramah dalam meraih reda Allah dan menjadi wanita dambaan syurga-Nya adalah dengan berusaha untuk kekal istiqamah dalam menjaga lisan dan percakapan. Malah, agama Islam mengajar kita supaya menggunakan bahasa yang mulia dan tidak menyinggung perasaan orang apabila kita berkomunikasi.

Pada kelas pengajian siri ke-2 pada 27 Februari 2024 (Selasa) dengan kupasan topik “Kerana Syurga itu Mahal”, Da’i Hadhari selaku penceramah jemputan telah berkongsi berkaitan antara amalan yang dicintai Allah bagi menggapai syurga-Nya adalah dengan sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah dan istighfar kepada-Nya, memperbanyakkan amalan sedekah dan wakaf.

Seramai 50 orang peserta dalam kalangan muslimat ahli kariah masjid telah hadir mengikuti setiap siri bagi majlis ilmu ini. Semoga dengan pelaksanaan kelas ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman Islam kepada para muslimat yang hadir.

WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.46 PM WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.46 PM 1
WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.47 PM 1 WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.46 PM 2
WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.45 PM WhatsApp Image 2024 02 27 at 7.26.46 PM 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel