05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT KEPADA PELAJAR MUALAF

WhatsApp Image 2024 01 04 at 3.59.49 PM 1

4 JANUARI 2024M | 22 JAMADILAKHIR 1445H (KHAMIS) – Majlis Penyampaian Amanat kepada Pelajar Mualaf di Kompleks Darul Hidayah (KDH) bersempena Minggu Orientasi Pelajar Kelas Pengajian Mualaf bagi Sesi Januari 2024 telah diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian amanat kepada pelajar mualaf ini disempurnakan oleh YBhg. Prof Madya Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Turut hadir, Puan Majidah binti Hj. Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru merangkap Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan.

Penyampaian amanat telah disaksikan oleh 100 orang pelajar mualaf di KDH. YBhg. Dato’ amat berharap agar semua pelajar dapat mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama Islam sebaik mungkin. Ini adalah kerana KDH merupakan tempat yang kondusif bagi mualaf untuk menuntut ilmu. Fasiliti dan prasarana yang disediakan di KDH juga lengkap dan memenuhi keperluan pelajar. Pelajar juga diingatkan supaya sentiasa patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh JAWI.

Mengakhiri ucapan, YBhg. Dato’ sekali lagi mengingatkan pelajar supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti jenayah yang boleh mencemarkan imej Islam serta merosakkan diri khususnya di kalangan pelajar mualaf di KDH.

Semoga pelajar yang hadir pada hari ini diberi kecemerlangan dan di akhirnya adalah husnul khatimah.

WhatsApp Image 2024 01 04 at 3.59.50 PM WhatsApp Image 2024 01 04 at 3.59.48 PM
WhatsApp Image 2024 01 04 at 3.59.49 PM WhatsApp Image 2024 01 04 at 3.59.48 PM 1
WhatsApp Image 2024 01 04 at 3.59.50 PM 1

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel