05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KONGSI ILMU PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA ANGGOTA POLIS

WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.00 PM

17 OKTOBER 2023M | 1 RABIULAKHIR 1445H (SELASA) – JAWI melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 4/2023 dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bertempat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih KL – Karak.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Para peserta telah didedahkan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan Hakikat Kematian, Adab Menziarahi Pesakit dan Kewajipan Terhadap Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Hamid Abd. Ghani daripada Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Para peserta turut dikongsikan dengan sesi praktikal menguruskan jenazah yang menjadi kewajipan orang hidup terhadap orang mati meliputi mandi, kafan dan solat jenazah dengan bimbingan daripada fasilitator secara berkumpulan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin Bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDH ACP Zam Halim Bin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Cheras serta Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAWI.

Pada sesi petang, para peserta turut didedahkan dengan amali proses pengurusan jenazah dan pengkebumian sehingga ke liang lahad dengan bimbingan oleh 4 orang fasilitator.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta yang hadir dalam memahami selok belok ilmu pengurusan jenazah serta dapat menjalankan tanggungjawab fadhu kifayah ini kepada masyarakat di saat khidmat diperlukan.

WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.00 PM 1 WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.01 PM
WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.01 PM 1 WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.02 PM 1
WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.03 PM 2 WhatsApp Image 2023 10 19 at 5.04.02 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel