05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMPEN PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI KEKELUARGAAN: EMOSI SEJAHTERA KELUARGA HARMONI

Gambar 1

17 September 2023 | 1 Rabiulawal 1445H (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga  dengan kerjasama Masjid Amru Ibni Al-'As telah menganjurkan Kempen Pemantapan Nilai-Nilai Murni Kekeluargaan: Emosi Sejahtera, Keluarga Harmoni bertempat di Masjid Amru Ibni Al-'As, Sentul, Kuala Lumpur.

Seramai 80 peserta dari kalangan anak kariah masjid telah hadir menjayakan kempen pada kali ini. 

Slot ceramah pertama bertajuk "Mendidik Anak Gaya Rasulullah SAW" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manakala slot kedua bertajuk "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" pula disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Selangor.

Objektif utama kempen ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan lagi institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam. Semoga para peserta mendapat ilmu bermanafaat dari ceramah yang disampaikan dan membumikannya dalam kehidupan seharian serta dapat disebarluaskan kepada saudara, rakan dan taulan.

gambar 2 gamabr 3
Gambar11 gambar 6
gambar 7 gambar 8
gambar 9 gambar 4

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel