05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:05
Zohor
16:17
Asar
19:06
Maghrib
20:15
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DIDIK MASYARAKAT DENGAN 6 TERAS MADANI

377685379 709263611017483 2704840725455447833 n

13 SEPTEMBER 2023M | 27 SAFAR 1445H (RABU) – Pendakwah perlu mendidik masyarakat dengan menerapkan 6 teras Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Ini bagi memastikan metode dakwah yang dilaksanakan sesuai dengan arus perdana masa kini yang sering menekankan aspek bersederhana dan ketamadunan yang selari. Pada masa yang sama dapat membentuk komuniti pendakwah yang sihat dan mengangkat nilai akhlak dan prinsip keagamaan yang menghormati nilai kemanusiaan serta menghormati perbezaan pendapat secara harmoni.

Itu antara objektif pelaksanaan bagi program Multaqa Pendakwah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pendakwahyang telah diadakan pada 13 September 2023 (Rabu) di Masjid Negara ini.

Program multaqa ini diisi melalui dua slot pembentangan iaitu berkaitan “Tauliah Mengajar Agama: Satu Keperluan di Wilayah Persekutuan” oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan; Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Slot kedua oleh YBrs. Dr. Rosli bin Mokhtar, Pensyarah daripada Universiti Islam Selangor (UIS) yang bertajuk “Duat Al-Falah : Pembimbing Malaysia Madani”. Sesi seterusnya adalah kupasan oleh ahli panel forum berkaitan tajuk “Meraikan Perbezaan Pendapat” melalui sesi Forum Bicara Madani dengan menampilkan barisan ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM), Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia(UPM), dan Ustaz Mohd Faizul bin Azmi, Pendakwah Bebas. Forum Bicara Madani ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim selaku moderator.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Seramai 200 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta Guru-guru Takmir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Diharapkan agar objektif program ini yang berhasrat agar sebarang isu yang dikupas oleh pendakwah di tanah air ini seiring dengan aspirasi negara agar penyelesaian dan fikrahnya selari dengan ahli sunnah wal jamaah.

377682871 709263687684142 1374045313307882732 n 377705303 709263841017460 6637450131920790920 n
378126705 709263771017467 5396213049842786756 n 377889176 709263717684139 5079325024916738049 n
377773935 709263747684136 1668876081964515997 n WhatsApp Image 2023 09 13 at 12.28.45 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel