05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL TAKLIMAT PENGGUNAAN SPPIM 1.5 MODUL KEBENARAN BERKAHWIN DAN PENDAFTARAN NCR

Bengkel SPPIM 1

17 Ogos 2023 | 30 Muharram 1445H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Taklimat Penggunaan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 1.5 Modul Kebenaran Berkahwin dan Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Ogos 2023 (Rabu dan Khamis) bertempat di Makmal Komputer, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bengkel ini diadakan selaras dengan penyelarasan yang dilaksanakan oleh pihak JAKIM bagi peralihan kepada penggunaan antara muka baharu SPPIM 1.5 untuk memenuhi keperluan projek Transformasi SPPIM 2.0 bagi pengguna Jabatan Agama Islam Negeri sedia ada. Pengujian peralihan penggunaan tersebut akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan pada 18 Ogos 2023 (Jumaat) dan modul yang terlibat ialah Kebenaran Berkahwin dan Pendaftaran NCR.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Pn. Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat dan latihan yang dikendalikan oleh wakil Bahagian KSK JAKIM, Ustaz Mohd Salehin bin Sopian bersama pihak pembekal (vendor) dan juga simulasi bagi proses kerja bermula kebenaran berkahwin sehinggalah pendaftaran nikah, cerai dan juga rujuk menggunakan antara muka baharu SPPIM 1.5.

Diharapkan agar sesi taklimat dan latihan yang diadakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pegawai dan kakitangan BPPK terutamanya pengguna SPPIM modul Kebenaran Berkahwin dan Pendaftaran NCR bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan mereka dalam penggunaan SPPIM versi terkini, dalam masa yang sama dapat menyokong dan memastikan proses peralihan penggunaan antara muka baharu SPPIM 1.5 dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya, insya-Allah.

Bengkel SPPIM 4 Bengkel SPPIM 7
Bengkel SPPIM 3 Bengkel SPPIM 5
Bengkel SPPIM 10 Bengkel SPPIM 11
Bengkel SPPIM 12 Bengkel SPPIM 13
Bengkel SPPIM 15 Bengkel SPPIM 14
Bengkel SPPIM 16
Bengkel SPPIM 17

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel