05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM OKU PENGLIHATAN SIRI 2/2023

362941043 685265420083969 8614121077979232201 n

22 JULAI 2023M | 4 MUHARAM 1445H (SABTU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Program Kefahaman Islam OKU Penglihatan bertempat di Dewan Wisma SBM, Brickfields Kuala Lumpur.

Panel jemputan terdiri daripada Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah, Pegawai Tadbir Agama Zon 2 JAWI, Ustazah Suriani binti Ismail, Pendakwah Bebas dan Encik Zamzuri bin Ghani, Pegawai Operasi PERTIS selaku moderator. Melalui diskusi bertajuk "Syurga Rumahtangga", para peserta yang terdiri daripada OKU (Penglihatan) telah didedahkan dengan isu-isu kekeluargaan dan cabaran rumah tangga.

Seramai 90 orang peserta telah hadir ke program ini, program seterusnya diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Khatijah Bt Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Encik Mohammad Faizal bin Che Yusof, YDP PERTIS turut hadir pada majlis tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan (SBM) dan Syarikat Gerbang Alaf Sdn Bhd (Mc Donald’s) yang telah menyediakan sumbangan makanan kepada para peserta.

Semoga penganjuran program ini dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada warga OKU dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

362959622 685265480083963 2118100339129561772 n 363386962 685265463417298 8628043305158140451 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel