05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM ZIARAH RAMAH KE HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA) ANJURAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

359815993 682462290364282 8199971462281537426 n

18 JULAI 2023M | 29 ZULHIJAH 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) bersama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dengan kerjasama Hospital Tunku Azizah (HTA) turun menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di HTA melalui siri dakwah bil hal, Program Ziarah RAMAH Siri 5.

Program Ziarah RAMAH diadakan sempena Maal Hijrah 1445H bertujuan menyantuni para pesakit melalui penyampaian sumbangan barangan keperluan diri berserta sumbangan wang tunai. Serahan barangan keperluan diri telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI mewakili Pengurusan Tertinggi JAWI. Manakala sumbangan wang tunai telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj Nor Mukshar Harun, Penolong Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Pemasaran Digital PPZ MAIWP.

Seramai 50 orang pesakit telah menerima sumbangan tersebut melalui program dakwah ke lapangan sebagai sokongan moral kepada para pesakit. Turut bersama pada program ini ialah YBrs. Dr. Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengarah HTA.

JAWI merakamkan ucapan terima kasih kepada HTA dan PPZ MAIWP, semoga kolaborasi strategik dalam pelaksanaan dakwah bil hal dan kebajikan pesakit antara JAWI, HTA dan PPZ MAIWP dapat diperluaskan lagi di masa akan datang.

 
359816691 682462533697591 6134508650066757086 n 359830999 682462517030926 1681207594439526448 n
361569881 682462530364258 2455186730072470154 n 361634304 682462493697595 3532300558677026260 n
361640009 682462527030925 3586740103977268075 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel