05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MALAYSIA MADANI MELALUI PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM - SIRI 3 (JAWI-JKKN WPKL)

WhatsApp Image 2023 07 13 at 4.28.54 PM 4

13 JULAI 2023 | 24 ZULHIJAH 1444H (KHAMIS) – Telah berlangsung program Penghayatan Nilai-nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Tahun 2023 - Siri 3 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Studio JKKN WPKL, Jalan H.S. Lee, Kuala Lumpur.

Majlis telah dimulai dengan Ucapan Alu-aluan daripada YBrs. Puan Hidayatul ‘Ein binti Mohamad Azmi; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara WPKL. Beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana JAWI sudi memilih JKKN WP untuk diadakan program ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang dan kerjasama ini dapat diteruskan. Turut hadir sama adalah YBrs. Puan Suraiti binti Alias; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Program diisi dengan Slot Ceramah yang bertajuk ‘Kerja Sebagai Ibadah Menurut Persektif Al-Quran" yang telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Baharuddin bin Idris; Penolong Pengarah Kanan @ Imam, Masjid Putra, Putrajaya.

Beliau telah mengupas berkenaan peri pentingnya menjaga hubungan yang baik dengan Allah dan sesama manusia agar dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Beliau turut menekankan aspek memperbetulkan niat dalam bekerja dengan ikhlaskan diri melaksanakan tanggung jawab dengan penuh beretika, beradab dan berintegriti.

Program seumpama ini dijalankan ke jabatan-jabatan sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menggalakkan penganjuran program kerohanian selaras dengan konsep Malaysia Madani di samping mengeratkan hubungan JAWI bersama rakan-rakan strategik sesama agensi kerajaan dalam menyampaikan konsep penghayatan dan Penerapan Nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam kepada penjawat awam.

 
WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.21.07 AM 1 WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.21.06 AM 1
WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.21.07 AM 2 WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.21.08 AM
WhatsApp Image 2023 07 13 at 4.28.54 PM WhatsApp Image 2023 07 13 at 4.28.54 PM 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel