05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MINGGU ORIENTASI KELAS PENGAJIAN MUALAF DI KOMPLEKS DARUL HIDAYAH SESI JULAI 2023

WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.15 PM 2

7 JULAI 2023 | 18 ZULHIJAH 1444H (JUMAAT) – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru telah mengadakan Minggu Orientasi Kelas Pengajian Mualaf bagi pengambilan Sesi Julai 2023 pada 5-7 Julai 2023 bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah (KDH), Sentul, Kuala Lumpur.

Seramai 40 orang pelajar baru telah mendaftarkan diri dan menjalani sesi temuduga bagi mengetahui tahap kefahaman pelajar berkaitan dengan agama Islam serta kebolehan membaca al-Quran. Jumlah ini menjadikan pelajar mualaf di KDH pada tahun ini adalah seramai 110 orang meliputi kelas pengajian tahap asas, pertengahan dan lanjutan.

Antara pengisian program adalah taklimat pengajian, pentadbiran asrama dan disiplin, bacaan ikrar pelajar serta agihan buku teks. Manakala kemuncak program adalah penyampaian amanat melalui tayangan video ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan, YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah.

Besar harapan beliau agar semua pelajar mualaf di KDH dapat mengambil peluang untuk mendalami ilmu agama Islam sebanyak dan sebaik mungkin kerana KDH adalah tempat yang kondusif serta prasarana yang disediakan juga lengkap dan memenuhi keperluan pelajar. Pelajar juga diingatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti jenayah yang boleh mencemarkan imej Islam khususnya di kalangan pelajar mualaf di KDH. Istiqamah dalam pengamalan adalah penting bagi memastikan tingkah laku yang terhasil adalah berlandaskan syariat Islam.

 
WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.13 PM WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.13 PM 1
WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.14 PM 2 WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.15 PM
WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.16 PM WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.14 PM
WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.29.15 PM 3

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel