05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WACANA PENYEMBELIHAN HALAL BAGI MUALAF TAHUN 2023

358733989 679458040664707 780713661063853982 n

11 JULAI 2023 | 22 ZULHIJAH 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Wacana Penyembelihan Halal bagi Mualaf Tahun 2023 bertempat di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Sentul hari ini.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan tentang konsep halalan toyyiban serta memberikan pendedahan secara teori dan praktikal penyembelihan yang dibenarkan oleh hukum syarak kepada pelajar mualaf.
 
Sebanyak seekor kambing dan 45 ekor ayam telah disembelih dalam program tersebut. Program dimulakan dengan slot ceramah bertajuk “Konsep Halalan Toyyiban dalam Sembelihan" yang disampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Halim bin Zakaria dan kemudiannya diteruskan dengan sesi praktikal sembelihan, melapah, memotong dan memasak haiwan sembelihan dengan dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Encik Kamarulzaman bin Mohd Noordin dan Encik Ahmad Rashidi bin Yaakub daripada Bahagian Penyelidikan JAWI.
 
Aktiviti ini diadakan secara gotong-royong melibatkan 100 orang pelajar mualaf di KDH. Turut hadir, Pengetua Kompleks Darul Hidayah, Puan Marriyani binti Mohamad.
Semoga pelaksanaan program sebegini, dapat diteruskan pada masa akan datang kerana peluang untuk dilaksanakan secara praktikal sukar diperolehi di luar sesi pengajian di KDH di samping ikatan kekeluargaan antara saudara seagama dapat dieratkan melalui aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan.
 
359713601 679458220664689 3720194086751329255 n 359756704 679458153998029 7073820645192959300 n
360093533 679458093998035 3106691960583038975 n 360106643 679458193998025 4350249663696945817 n
358482739 679458013998043 124901757430229163 n 359697442 679458183998026 8574323295807396593 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel