05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI SANTUNI PENGHUNI RUMAH PERTUBUHAN RAHOMA MELALUI KELAS TAFAQQUH REMAJA

WhatsApp Image 2023 07 11 at 3.04.11 PM

9 JULAI 2023 | 20 ZULHIJAH 1444H (AHAD) – Alhamdulillah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan 5 siri Kelas Tafaqquh Remaja kepada penghuni Rumah Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Kuala Lumpur sepanjang bulan Mei hingga Julai 2023.

Kelas siri pertama telah disampaikan oleh Ustazah Norazila binti Zainal Abidin dengan kupasan tajuk "Jom Jaga Aurat". Siri kedua diteruskan dengan tajuk "Syukur dan Kufur Nikmat" yang telah disampaikan oleh Da'i Adibah dan siri ketiga bersama Ustazah Wan Nurhazila dengan tajuk "Bagaimana Solat yang Menghidupkan Jiwa serta Menenangkan Hati". Siri seterusnya membawakan topik berkenaan "Akhlak-Akhlak Islamiyah" yang disampaikan oleh Ustazah Norazila binti Zainal Abidin manakala siri terakhir telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Shabil bin Muhafiz dengan tajuk "Adab-Adab Pergaulan dalam Islam".

Kesemua 40 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak Pertubuhan Rahoma yang berumur lingkungan 8 hingga 17 tahun telah memberikan komitmen yang jitu sepanjang sesi pengajian berlangsung. Semoga pelaksanaan program ini dapat membantu dalam pembentukan peribadi yang kukuh dan sahsiah murni anak-anak Pertubuhan Rahoma Darul Fakir yang terdiri daripada anak-anak yatim/miskin dalam menelusuri kehidupan beragama seterusnya menjadi remaja yang berguna dan cemerlang pada masa hadapan.

Picture1 Picture2
Picture3 Picture4
WhatsApp Image 2023 07 11 at 3.04.12 PM WhatsApp Image 2023 07 11 at 3.04.12 PM 2

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel