05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PENGHAYATAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 2 TAHUN 2023 -SIRI 2

358371030 676557250954786 2487529742266923952 n

6 JULAI 2023M | 17 ZULHIJAH 1444H (KHAMIS) – Telah berlangsung Program Penghayatan Nilai-nilai Islam Siri 2 /2023 - anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Dewan Aras 4 PTG WPKL, Rumah Persekutuan, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Pengisian melalui 2 slot ceramah yang memfokuskan kepada "Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Sebagai Teras Kepada Kemantapan dan Keutuhan Diri Serta Organisasi" dan yang berkaitan "Fiqh Awlawiyyat Pendekatan Dalam Pengurusan". Penceramah undangan adalah YBrs. Dr. Sabri bin Mohamad; dan YBrs Dr Hamdi bin Ishak, Pensyarah Kanan daripada Pusat Kajian Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Intipati daripada slot yang disampaikan adalah berkaitan aspek integriti yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan dan amalan harian terutamanya dalam tugas sebagai penjawat awam. Para peserta ditekankan dengan keutamaan nilai yang perlu didahulukan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan meletakkan gerak kerja yang penting dan utama.

YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim; Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI telah hadir menyampaikan ucapan perasmian penutup. YBrs. Tuan Ahmad Fairuz bin Mohd Yusof; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI turut hadir pada majlis tersebut.

358428713 676557334288111 144703667830766523 n 358397329 676557414288103 8355050350001329627 n
358099181 676557447621433 4199171756776206992 n 358357097 676557477621430 8019557973172121288 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel