05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘KIFA IN ENGLISH’ - KURSUS YANG SANGAT MENARIK UNTUK SAUDARA BARU SEBAGAI PERMULAAN UNTUK MENGENALI ISLAM DENGAN LEBIH DEKAT

kifa english 1

8 JULAI 2023M | 19 ZULHIJAH 1444H (SABTU) – KIFA Siri 6/2023 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan Kerjasama Islamic Outreach ABIM Cawangan Masjid Negara telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 8 Julai 2023 bersamaan 19 Zulhijjah 1444 Hijri.

Alhamdulillah, bersempena dengan Bulan Menyantuni Mualaf Wilayah Persekutuan pada Julai 2023 ini, JAWI mengambil pendekatan melaksanakan KIFA IN ENGLISH dengan kehadiran yang cukup memberansangkan seramai 35 peserta mualaf baharu berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Ada dikalangan mereka terdiri dari golongan professional, mahasiswa IPT, usahawan dan sebagainya.

Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Encik Ahmad Syafiq Bin Mohamad Apandi yang merupakan pendakwah bebas dan merupakan Eksekutif Dakwah Hidayah Centre Foundation sangat membantu peserta kifa dalam memahami perkara asas fardhu ain. Kebolehan beliau dalam menguasai pelbagai bahasa sangat membantu dalam memberi kefahaman kepada golongan saudara baru pada kursus kali ini.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator dari Islamic Outreach ABIM Cawangan Masjid Negara berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam. KIFA siri 7/2023 akan menyusul pada hujung Julai ini.

kifa 2 WhatsApp Image 2023 07 10 at 4.50.40 PM
WhatsApp Image 2023 07 10 at 4.50.41 PM WhatsApp Image 2023 07 10 at 4.51.16 PM
WhatsApp Image 2023 07 10 at 4.51.17 PM WhatsApp Image 2023 07 10 at 4.50.42 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel