05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS KORBAN MUALAF MADANI PEMBUKA TIRAI BULAN MENYANTUNI MUALAF

357534767 673769964566848 8926176041557747781 n

1 JULAI 2023M | 12 ZULHIJAH 1444H (SABTU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Korban Mualaf Madani bertempat di Kompleks Darul Hidayah (KDH), Sentul hari ini.

Sebanyak seekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut. Turut hadir YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan meraikan majlis dan menyempurnakan agihan kepada golongan mualaf serta asnaf yang memerlukan. Mengiringi beliau, YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Majlis tersebut juga disertai oleh 100 orang mualaf sekitar Wilayah Persekutuan dan penduduk berhampiran.

Majlis Korban Mualaf Madani merupakan program pertama sempena Bulan Menyantuni Mualaf. Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk menyampaikan ilmu secara praktikal berkaitan ibadah korban serta berkongsi rezeki dengan pelajar mualaf melalui aktiviti gotong-royong menyembelih, melapah, mengagih dan memasak daging korban di samping dapat merasai sendiri pengalaman dan kemeriahan acara korban yang disyariatkan saban tahun.

Semoga pelaksanaan majlis sebegini, dapat diteruskan pada masa akan datang dan ikatan kekeluargaan antara saudara seagama dapat dieratkan.

357496727 673770077900170 6619081900495384206 n 357678220 673770187900159 5945333833732496122 n
357679025 673770274566817 8177673052783560025 n 357721357 673770047900173 7757022022007361383 n
347256250 673770157900162 8146850167924200967 n 357679323 673770111233500 4390065622516779763 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel