05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH WANITA BERSAMA MUSLIMAT MASJID AL-IMAM ASH-SHAFIE

WhatsApp Image 2023 06 26 at 1.16.14 PM 1

25 JUN 2023M | 6 ZULHIJAH 1444H (ISNIN) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Al-Imam Ash-Shafie telah menganjurkan 4 siri Program Kelas Tafaqquh Wanita pada sepanjang bulan Mei dan Jun tahun 2023.

Kelas Siri Pertama mengupas topik berkaitan "Adab Bersedekah" yang telah disampaikan oleh Ustazah Qurrotul Aein binti Fatah Yasin. Siri seterusnya diteruskan pada 23 Mei 2023 (Selasa) dengan topik "Adakah Ramadan Berjaya Membentuk Kita?" yang telah disampaikan oleh Ustazah Hazwani binti Mohd Nor, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran, JAWI.

Siri ke-3 pula, Ustazah Qurrotul Aein binti Fatah Yasin telah membawa topik yang cukup dekat dengan jiwa wanita iaitu "Bagaimana Menjadi Wanita yang Melazimi Istighfar dan Memaafkan". Manakala Siri terakhir kelas ini telah disempurnakan oleh Ustazah Saadiah binti Harun, Pengetua sebuah Maahad Tahfiz di Ampang dengan tajuk "Sabarlah Kerana-Nya".

Seramai 40 orang peserta dalam kalangan muslimat ahli kariah masjid telah mengikuti setiap siri majlis ilmu ini. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman Islam khusus kepada muslimat.

WhatsApp Image 2023 06 26 at 1.16.13 PM 2 WhatsApp Image 2023 06 26 at 1.16.14 PM
WhatsApp Image 2023 06 26 at 1.16.13 PM 1 WhatsApp Image 2023 06 26 at 1.16.13 PM

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel