05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR IBU HAMIL SIRI 1 TAHUN 2023

Seminar Ibu Hamil 1

31 Mei 2023 | 11 Zulkaedah 1444H (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kuala Lumpur telah mengadakan Seminar Ibu Hamil Siri 1 Tahun 2023 pada 31 Mei 2023 (Rabu) bertempat di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Seminar ini telah dihadiri seramai 37 peserta yang terdiri daripada para ibu hamil dari klinik-klinik di sekitar Kuala Lumpur. Seminar bermula dengan slot pertama bertajuk "40 Minggu Yang Indah'" yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Azira binti Baharuddin, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

Program diteruskan dengan slot kedua yang disampaikan oleh Puan Aiman Dalila binti Mahmood, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur berkaitan tajuk "Titisan Susu Ibu Anugerah Terindah". Manakala slot terakhir telah disampaikan oleh YBrs. Ustazah Hazwani binti Mohamad Noor yang merungkai permasalahan berkaitan darah wanita.

Seminar ini diakhiri dengan Majlis Penutupan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Ustazah Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK, JAWI.

Seminar Ibu Hamil 2 Seminar Ibu Hamil 3
Seminar Ibu Hamil 4 Seminar Ibu Hamil 5

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel