05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KARNIVAL SUKAN KOMPLEKS DARUL HIDAYAH TAHUN 2022 TANDA SOKONGAN KEPADA BULAN SUKAN NEGARA

311408971 524797612797418 7613918593485357305 n

20 OKTOBER 2022M | 23 RABIULAWAL 1444H (KHAMIS) - Bersempena bulan Oktober sebagai bulan sukan negara, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah tidak ketinggalan mengadakan Karnival Sukan Kompleks Darul Hidayah (KDH) Tahun 2022.

Sebanyak 9 acara sukan individu dan berkumpulan dipertandingkan melibatkan 90 orang pelajar daripada Kelas Pengajian Mualaf di KDH. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kehebatan masing-masing bagi memenangi setiap acara. Kegembiraan dan keseronokan jelas terpancar di wajah setiap peserta dan pihak pengurusan kerana di sini ikatan ukhuwwah dan kerjasama utuh terjalin tanpa mengira bangsa dan budaya.

Karnival sukan kali ini turut menerima sumbangan daripada rakan strategik JAWI iaitu QSR Brands, MAIWP Dagang dan masjid-masjid di bawah seliaan JAWI. Sumbangan ini sekaligus dapat memeriahkan lagi karnival sukan pada kali ini.

Seterusnya, Majlis Penutup Karnival Sukan KDH Tahun 2022 disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi cabutan bertuah. Turut hadir, Puan Majidah binti Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru yang juga selaku Ketua Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan.

"Teruskan bersukan dan amalkan gaya hidup yang sihat kerana akal yang sihat adalah apabila badan kita sihat" begitulah kata-kata YBhg. Datuk Pengarah mengakhiri ucapan.

311457514 524797729464073 589084662389057279 n 311521328 524797716130741 6364124928419880129 n
Picture9 311718971 524797569464089 1447615237173329657 n
311921212 524797782797401 3562834352997808062 n 311590001 524797899464056 1707883065667614371 n

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel