05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:16
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE HOSPITAL PAKAR KANAK-KANAK UKM (HPKK UKM)

300560482 483966316880548 2259287967413138057 n

24 OGOS 2022M | 26 MUHARAM 1444H (RABU) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM), Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HPKK UKM.

Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan, BPD JAWI manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Sayuffi bin Zahid Safian, Pegawai Penyelaras Masjid Zon 5 mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgeri) HPKK UKM. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Pediatrik 1 HPKK UKM.

Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HPKK UKM di masa hadapan.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

301234263 483966370213876 5111406185229802784 n 300788157 483966420213871 2329951351334556140 n
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel