05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PERANCANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN BPPK BAGI TAHUN 2023

SKT 1

22 - 24 Julai 2022 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi Tahun 2023 bertempat di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, Terengganu. Kursus ini melibatkan penyertaan 22 orang pegawai dan penolong pegawai di BPPK.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada setiap pegawai/kakitangan dalam menyediakan SKT bagi meningkatkan tahap kecekapan mereka dalam menjalankan tugas. Selain itu, SKT menjadi platform kepada pengurusan BPPK untuk mengumpul idea-idea yang bernas bagi memastikan penyediaan perancangan program/aktiviti Bahagian selaras dengan misi dan visi Jabatan.

Majlis perasmian penutupan Bengkel SKT 2023 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi (TPO), JAWI.

Semoga kursus yang diadakan ini akan menjadi wadah kepada semua pegawai BPPK untuk mengkaji dan menilai semula keberkesanan sesuatu program yang telah diadakan pada tahun sebelumnya sama ada perlu diteruskan atau sebaliknya.

SKT 2 SKT 3
SKT 42 SKT 5
SKT 6

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel