05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

200 ORANG SERTAI SEMINAR MASYARAKAT HARMONI 2.0

WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.22.58 PM

31 Julai 2022M | 2 Muharam 1444H (Ahad) - Pada 31 Julai 2022 lalu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dan Persatuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM'IYYAH) dengan kerjasama Masjid Negara telah menganjurkan Seminar Masyarakat Harmoni 2.0.

Seminar Dialog Harmoni Keluarga Malaysia yang bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara telah disertai oleh 200 orang peserta. Majlis yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang dimulakan dengan sesi pembentangan kertas kerja bertajuk “Keluargaku Malaysia: Ketuhanan dan Kehidupan Bersama Dari Perspektif Islam” oleh YBrs Dr Alwani Ghazali, Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Sesi seterusnya adalah forum bertajuk Keluargaku Malaysia: Ketuhanan dan Kehidupan Bersama Dari Perspektif Agama-agama”.

Ahli panel forum terdiri daripada YBrs. Dr Rosmizi Abd Rahman, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) yang mewakili agama Islam, YBrs Dr. Bala Tharmalinggam, Pengasas MOHKSHA mewakili agama Hindu, YBrs. Daozhang Tan Hoe, Presiden Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, mewakili agama Tao, dan YBrs. Mr Thai Ming Yeow, Penolong Setiausaha Agung Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM) mewakili agama Buddha. Manakala YBrs. Dr Haji Ann Wan Seng selaku Moderator.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang mewakili Pengarah Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Zakariah Isa, Pengerusi Persatuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM'IYYAH).

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.20.41 PM 1 WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.20.41 PM
WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.22.58 PM 1 WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.22.57 PM 1
WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.22.57 PM WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.21.38 PM
WhatsApp Image 2022 08 11 at 12.22.58 PM 2
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel