05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MUALAF TERUS KOMITED MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-7

294579368 464634672147046 83636487001703164 n

23 JULAI 2022M | 23 ZULHIJAH 1443H (SABTU) - KIFA siri 7/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 23 Julai 2022 bersamaan 23 Zulhijjah 1443 Hijri.

Alhamdulillah, kehadiran seramai 23 peserta mualaf berjaya menarik minat dan respon yang positif dan komitmen yang ditunjukkan begitu hebat. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah di sebelah pagi melalui Ustazah Nur Ain Sumaiyah dari Hidayah Centre Foundation dan Al Fadhil Ustaz Mohd Ariff bin Othman Kalam, Penolong Pendaftar UTM KL sebelah pagi amat baik dan sesi komunikasi 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan. Pengalaman kedua-dua penceramah dalam hal ehwal kebajikan serta pengajian mualaf amat berguna kepada para peserta.

Sesi amali dan praktikal KIFA diteruskan pada sebelah petang dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH dan Bahagian Agama PDRM kepada peserta mualaf. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk memahami aspek ibadah yang asas berkaitan wuduk dan solat.
Majlis penutupan ringkas diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kursus dan sesi bergambar bersama Urusetia, Fasilitator dan juga para peserta.

InshaaAllah, KIFA Siri 8 akan dilaksanakan pada 6 Ogos 2022.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

294572383 464634845480362 6075180295522675572 n 294987138 464634792147034 8644997649078957514 n
295476246 464634895480357 4390753016855333606 n 1 294840768 464634932147020 8637225491237543239 n
294389576 464634995480347 1311602825516677762 n 295832247 464634748813705 3157017672378062536 n
294624923 464634958813684 1971431088670840211 n 294579368 464634672147046 83636487001703164 n
294401684 464634705480376 2416586430900434548 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel