05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

15 KELUARGA MUALAF DISANTUNI DENGAN ZIARAH MAHABBAH DARI TEAM DAKWAH JAWI

294894396 465960062014507 5516997391595274687 n

25 JULAI 2022M | 25 ZULHIJAH 1443H (RABU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Amaniah Mualaf Care Centre, Kepong (AMCC) telah melaksanakan Ziarah Mahabbah Mualaf pada hari Isnin, 25 Julai 2022 bersamaan 25 Zulhijjah 1443 Hijri.

Alhamdulillah, seramai 15 keluarga mualaf telah di santuni dan diziarahi sekitar kawasan kepong. Ziarah dengan tujuan mengeratkan silaturrahim disamping memperkukuhkan akidah sesama mualaf ini mendapat kerjasama yang baik dari mualaf yang terpilih. Pelbagai perkongsian dan luahan rasa telah dapat dikongsikan sepanjang sesi ziarah ini.

Ketua Penolong Pengarah CKSB, Ustazah Mahfuzah binti Zohdi turut bersama team dakwah JAWI dan NGO AMCC sepanjang sesi ziarah disamping menyampaikan beberapa kalam mutiara nasihat buat sahabat mualaf yang diraikan. Alhamdulillah, sumbangan tunai dan barangan asasi telah disampaikan dengan harapan para mualaf dapat meringankan beban keluarga dan membantu kelangsungan hidup.

Semoga ziarah ini dapat memperkukuhkan akidah para mualaf dan JAWI bersama NGO sentiasa komited menjaga kebajikan dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

294861164 465960238681156 6481509094990959142 n 294869632 465960315347815 2867633607924789895 n
294950233 465960098681170 9182353962451125446 n 295021187 465960372014476 2700590696124316281 n
295298384 465960192014494 2519621833648473421 n 295328557 465960418681138 1396887224443807929 n
295872245 465960138681166 3110277893062055825 n 295418361 465960462014467 1751650273344969813 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel