05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM RTD PELAN PEMERKASAAN RUNDINGCARA KEKELUARGAAN ISLAM JAWI

RTD 1

21 April 2022 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan program Round Table Discussion (RTD) Pelan Pemerkasaan Rundingcara Kekeluargaan Islam bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Program RTD ini diadakan bertujuan untuk membincangkan draf Pelan Pemerkasaan Rundingcara Kekeluargaan Islam yang telah disediakan oleh BPPK dalam usaha memperkasakan pengurusan rundingcara kekeluargaan Islam selaras dengan Pelan Strategik JAWI 2021-2025 (Teras 5) iaitu Memperkasakan Hal Ehwal Kekeluargaan Islam untuk Kesejahteraan Ummah.

Selaku bahagian yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan, perceraian dan ruju’ masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan, BPPK juga menyediakan khidmat nasihat dan rundingcara kekeluargaan, Jawatankuasa Pendamai serta Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) bagi menguruskan aduan rumah tangga serta pertanyaan mengenai pelbagai aspek kehidupan yang merangkumi isu perkahwinan, perceraian, ruju’ serta permasalahan keagamaan.

Program ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan JAWI Putrajaya. Pembentangan draf pelan pula telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Abdul Jamel bin Jaafar, Ketua Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam, BPPK.

Hasil perkongsian pengalaman, percambahan idea serta cadangan daripada wakil-wakil agensi serta bahagian telah membantu BPPK menambah baik draf Pelan Pemerkasaan Rundingcara Kekeluargaan Islam yang akan dijadikan panduan kepada pegawai rundingcara serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus sesi rundingcara. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agar menjadi lebih teratur, kemas dan sistematik.

RTD 2 RTD 3
RTD 4 RTD 5
RTD 6 RTD 7

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel