05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PHOTOBOOK JAWI PRIHATIN@MUSAADAH COVID19 DAN PASUKAN CDERT JAWI DILANCARKAN

278839867 407432841200563 8682738936900655859 n

Perhimpunan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan petang tadi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja agensi agama tersebut disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail serta ketua-ketua agensi berkaitan.Perhimpunan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diadakan petang tadi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja agensi agama tersebut disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail serta ketua-ketua agensi berkaitan.


Dalam majlis yang sama turut dilancarkan Photobook JAWI Prihatin@Musaadah Covid19 dan Pelancaran Civil Defence Emergency Respond Team (CDERT) JAWI. Photobook JAWI Prihatin@Musaadah Covid19 merekodkan detik dan peristiwa penting tentang khidmat bakti JAWI dalam pelbagai bidang kepada segenap lapisan Keluarga Malaysia sebagai lambang solidariti mengharungi tempoh getir negara berhadapan pandemik Covid-19. Sehingga April 2022, 286,434 pek barangan keperluan asas JAWI Food Bank bernilai RM 5.4 juta, 2,882,456 pek makanan bermasak Dapur It’am bernilai RM 23.6 juta, dan 2,882,456 pek barangan asas sumbangan masjid dan surau bernilai RM 7.9 juta telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Manakala sejumlah 4,139 jenazah akibat Covid-19 telah diuruskan oleh Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 JAWI dan JAKIM semenjak pandemik melanda negara.
Pasukan CDERT JAWI pula ditubuhkan di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 bertujuan meningkatkan lagi peranan dan fungsi institusi-institusi agama Islam seperti masjid dalam menghadapi sebarang bentuk bencana serta situasi kecemasan di kariah masing-masing termasuk memberi bantuan kemanusiaan.

 
278891911 407433264533854 6523036929460038534 n 278985369 407432804533900 7953738709519328561 n
278902605 407432774533903 4668394963935245046 n 279207693 407432891200558 2090396949346820781 n
279194943 407432931200554 4109012597676493357 n

 

278795718 407432964533884 6419780639008843172 n

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel