05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MESYUARAT PENYELARASAN ANTARA AGENSI – ISU PERMOHONAN PERINTAH PENGESAHAN DAN PERDAFTARAN PERKAHWINAN (4P) TAHUN 2022

4P 4

22 Mac 2022 | 19 Syaaban 1443H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama rakan strategik dari Bahagian Penguatkuasaan (BPK) JAWI, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi – Isu Permohonan Perintah Pengesahan dan Perdaftaran Perkahwinan (4P) Tahun 2022 secara hibrid bertempat di Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Amat Arif Tuan Hj. Mohd Asri bin Hj. Tahir, Ketua Hakim Syarie MSWP. Turut hadir YBrs. Puan Hajah Noor Hadina binti Hj. Ahmad Zabidi, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie JAPENSWP, YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK JAWI, YBrs. Puan Mastuyah binti Sahari, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, YBrs. Cik Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan dan Puan Haslinda binti Lukman, Ketua Penolong Pengarah BPK JAWI.

Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras dan menyeragam isu-isu berkaitan pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan permohonan 4P yang sering menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat. Perbincangan juga difokuskan kepada program pemutihan pendaftaran perkahwinan tanpa kebenaran dan tidak mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 [Akta 303] di Wilayah Persekutuan Labuan bagi membolehkan perkahwinan mereka disahkan oleh Mahkamah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.

Semoga kerjasama yang terjalin antara JAWI, MSWP dan JAPENSWP dapat melancarkan pengurusan NCR secara cekap dan sistematik serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam seiring dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

4P 2 4P 1
4P 3 4P 5

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel