05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 1/2022

Tafaqquh 1

17 Mac 2022 | 14 Syaaban 1443H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Siri 1/2022 bertempat di Bilik Seminar, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Ceramah bertajuk “Perceraian dan Iddah serta Hak-hak yang Berkaitan Dengannya dari Sudut Perundangan” telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kitab rujukan yang digunakan ialah al-Iqna` Fi Hali Alfaz oleh Ibn Syuja`.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar berkaitan isu-isu munakahat di samping berdiskusi isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ di Wilayah Persekutuan. Program kali ini dihadiri hampir 80 Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tafaqquh 4 Tafaqquh 2
Tafaqquh 3 Tafaqquh 1

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel