05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PELANCARAN BULAN SOLAT PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

275150222 375816944362153 6079267604977676802 n

4 MAC 2022M | 1 SYAABAN 1443H (JUMAAT) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sambutan Bulan Solat Peringkat Wilayah Persekutuan dilaksanakan sebagai simbolik kepada peristiwa Israk Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab 1443H. Ia sebagai menyampaikan naratif di sebalik perintah kewajipan solat kepada seluruh umat Islam. Solat sebagai tiang agama dan ibadat utama dalam membentuk sahsiah mulia dan terpuji.
Program pelancaran ini memperlihatkan peranan JAWI sebagai sebuah agensi yang berperanan penting dalam pembinaan dan pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan. Melalui program ini, JAWI ingin mengajak seluruh masyarakat untuk bermuhasabah dalam usaha memperbetulkan amalan solat serta memperbaiki mutu pelaksanaannya. Adapun maqasid syarak pada solat dalam konteks pembangunan masyarakat pula sebagai satu platform penyatuan dan kejayaan secara kolektif sebagaimana seruan azan “haiyya ‘alal Solah, haiyya ‘alal falah”.
Melalui kempen bertemakan “Jom Solat”, JAWI telah mengatur beberapa program antaranya, perkhidmatan surau bergerak JAWI bagi memudahkan urusan solat di lokasi terpilih, menambah kefahaman berkaitan solat melalui pengisian dan kandungan program serta menyediakan bimbingan solat kepada golongan sasar terpilih antaranya Orang Kurang Upaya, Mualaf, Komuniti Disayangi. Semoga program seumpama ini memberi impak kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khasnya.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
 
275184772 375808384363009 3796033730295705139 n 275064020 375808421029672 4582252377073916519 n
274988199 375808694362978 1845291756910123529 n 275173476 375808587696322 1767904871287022927 n
274938193 375808454363002 5986711852048633401 n 274866248 375808511029663 1517244554292078707 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel