05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TEMUDUGA FASILITATOR PKKSK, AKUAJA DAN PUSAT KHIDMAT NASIHAT KEKELUARGAAN 2021

Fasi 2 1

2 Disember 2021 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan satu sesi temuduga Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) dan Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan.

Temuduga yang diadakan pada kali ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam (PKI), BPPK JAWI. Pada kali ini, seramai 7 peserta telah hadir untuk sesi temuduga bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Antara panel temuduga yang terlibat ialah YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, Ustazah Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah BPPK, Ustaz Abdul Jamel bin Jaafar, Ketua Cawangan Rundingcara dan Pembangunan Keluarga Islam (RCPKI) dan Ustaz Mohammad Maliki bin Yaacob, Penyelaras Unit PKI.

Fasilitator yang akan dilantik nanti akan ditempatkan di empat lokasi PKKSK, satu di Akuaja dan satu lokasi Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan yang akan dibuka di Masjid Pusat Zon Wilayah Persekutuan. Mereka yang dilantik ini adalah pemudah cara kepada masyarakat untuk membantu dalam menguruskan masalah yang berkaitan isu kekeluargaan, sosial dan komuniti masyarakat setempat. Diharapkan dengan adanya pusat-pusat yang JAWI tawarkan ini kepada masyarakat dapat membantu meringankan masalah yang dihadapai.

Fasi 2 2 Fasi 2 3
Fasi 2 4 Fasi 2 1
Fasi 2 5 Fasi 2 6
Fasi 2 8 Fasi 2 9
Fasi 2 7 Fasi 2 10

 

Disediakan oleh:

Unit Pembangunan Keluarga Islam,

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel