05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS KEMAHIRAN FASILITATOR PUSAT KHIDMAT KELUARGA, SOSIAL DAN KOMUNITI (PKKSK)

Fasilitator 1

9 September 2021 (Khamis) – Memberikan pendedahan kepada fasilitator PKKSK tentang ilmu kaunseling dan kaedah mengendalikan sesi rundingcara keluarga Islam dengan lebih baik dan berkesan merupakan matlamat utama penganjuran Kursus Kemahiran Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) pada kali ini.

Kursus yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM.

Kursus yang diadakan pada kali ini secara atas talian melalui aplikasi zoom. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada fasilitator PKKSK Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikuti kursus tersebut.

Antara pengisian program ialah sesi slot 1 bertajuk “Teknik Kaunseling Syarie dalam Mengendalikan Kes Konflik Rumahtangga dan Kes Konflik Peribadi” yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Noor bin Saper (Kaunselor Syarie / Fasilitator KSK Care Centre JAKIM / Pensyarah UPSI). Slot kedua pula dengan tajuk “Terapi Psikospiritual Islam (Mengenali Manusia dari Konteks Islam)” oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Che Zarrina binti Saa`ri (Terapis / Fasilitator KSK Care Centre JAKIM / Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Slot terakhir pada sesi petang dengan tajuk Kemahiran dan Amalan `llaj Syarie oleh Ustaz Halim bin Zakaria (Fasilitator KSK Care Centre JAKIM / Pengamal Pengubatan Islam).

Terdahulu, kursus berkenaan diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.

Fasilitator 2 Fasilitator 3
Fasilitator 4 Fasilitator 4
Fasilitator 6 Fasilitator 7
Fasilitator 8 Fasilitator 9
Fasilitator 10 Fasilitator 11

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel