05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2021

PNCR 1

2 September 2021 | 24 Muharram 1443H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021 secara dalam talian, melalui Aplikasi Zoom bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kursus ini dimulakan dengan taklimat oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ JAWI, Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah dan diteruskan dengan ceramah pertama bertajuk “Pengenalan Jenis-Jenis Kad Pengenalan dan Hal-Hal yang Berkaitan Akta Pengangkatan Anak 1952” oleh Tuan Mohd Haire bin M. Tahir, Pegawai Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kemudian kursus diteruskan dengan slot kedua bertajuk “Isu-isu Berkaitan Wali Hakim dan Perkahwinan Tanpa Kebenaran serta Kesan-Kesannya” oleh Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seterusnya slot terakhir kursus bertajuk “Pesanan dan Nasihat berkaitan Isu-Isu NCR” oleh YBhg. S.S. Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Kursus diadakan bagi meningkatkan profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar di samping memberi informasi terkini mengenai peraturan-peraturan berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Kursus disertai hampir 100 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PNCR 3 PNCR 3
PNCR 3 PNCR 3
PNCR 3 PNCR 3
PNCR 3 PNCR 3

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel