05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJU’ WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2021

Tafaqquh 2 1

24 Ogos 2021 | 15 Muharram 1443H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Wilayah Persekutuan Siri 2/2021 secara dalam talian, melalui Aplikasi Zoom bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Kelas tafaqquh dimulakan dengan taklimat mengenai prosedur perceraian oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ JAWI, al-Fadhil Ustaz Mohd Abd Nasir bin Abdullah dan diteruskan dengan ceramah bertajuk “Isu-isu Munakahat, Pencerahan dari Sudut Syarie” oleh YBrs. Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir dari Universiti Putra Malaysia, berpandukan Kitab Mughni al-Muhtaj oleh Imam al-Khatib al-Syarbini.

Kelas tafaqquh ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar berkaitan isu-isu munakahat dan yang berkaitan. Kelas disertai oleh hampir 80 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Tafaqquh 2 2 Tafaqquh 2 3
Tafaqquh 2 4 Tafaqquh 2 5

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel