05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM TAKLIMAT ASAS DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT LANTIKAN KETUA PENDAFTAR, PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 2021

PNCR 1 1

8 Februari 2021 (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan program ini di Dewan Syura Perdana, Aras 11, Menara Pusat Islam, JAWI. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Seramai 10 orang telah menerima surat lantikan yang disampaikan oleh YBhg. Pengarah JAWI, iaitu:

1. Us. Rozimi bin Zamri, Ketua Pendaftar (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan / Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI

2. Ust. Azian Eziana binti Ahmad, Pendaftar (PNCR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI

3. Us. Mohd Azrul bin Ismail, PNCR / Pegawai Atase Agama di Kaherah Mesir

4. Us. Muhammad Abdul Hadi bin Abd Razak, PNCR / Pegawai Atase Agama di Kaherah Mesir

5. Us. Muhyidin bin Aziz @ Saari, Penolong Pendaftar (PPNCR) / Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan

6. Us. Mohd Arif bin Abdul Samat, PPNCR Masjid Al-Muqqarabin, Bandar Tasek Selatan / Pegawai Penyelaras Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI

7. Us. Zakaria bin Mohamed, PPNCR / Ketua Imam Masjid Thoriq bin Ziyad, Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur

8. Tuan Syed Mohammad Hazim bin Said Mohammad, PPNCR Masjid Asy-Syakirin KLCC

9. Us. Faiz Ikmal bin Ahmad Rafie, PPNCR Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur

10. Us. Muhammad Syammir Izzuddin bin Shamsuddin, PPNCR Masjid Abi Ayyub Al-Ansori, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur

YBhg. Pengarah JAWI dalam ucapannya telah memberi amanat kepada semua penerima tauliah dengan menyatakan lantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sewajarnya untuk masyarakat Islam dalam urusan nikah, cerai dan ruju’.

Beliau juga menyatakan penerima tauliah ini juga sebagai pemudah cara kepada masyarakat Islam dengan mengambil kira prosedur dan peraturan yang ditetapkan serta menepati syariat dalam urusan tersebut. Justeru, beliau mengharapkan para penerima surat lantikan ini dapat memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Jabatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua penerima tauliah atas pelantikan ini dan mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

PNCR 1 2 PNCR 1 3
PNCR 1 4 PNCR 1 5
PNCR 1 6 PNCR 1 7
PNCR 1 8 PNCR 1 9

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel