05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SANTUNI PENDUDUK PERUMAHAN AWAM JALAN HANG TUAH DENGAN SEMANGAT KEMERDEKAAN

240813682 4467060786686065 7884319985931834332 n

26 OGOS 2021M | 17 MUHARRAM 1443H (KHAMIS) - Pada malam tadi, 26 Ogos 2021 (Khamis) telah berlangsung Program Ziarah Dakwah & Silaturrahim Penduduk Setempat (Siri 2) Tahun 2021 di Perumahan Awam Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Program ini antara lain bertujuan untuk membantu golongan asnaf atau penduduk yang terjejas dan terkesan disebabkan pandemik wabak Covid-19 ini. Sebanyak 80 bakul makanan barang sumbangan mengandungi beras, gula, tepung gandum, minyak masak, bihun dan biskut telah diedarkan kepada penduduk yang terlibat.

Bagi menyahut semangat di Bulan Kemerdekaan ini, satu Kuliah Maghrib dengan tajuk “Hijrah dan Merdeka” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim; Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian yang menarik. Tadabbur dari Surah Al-Fil dan Surah Al-Quraisy banyak dikaitkan dengan maksud semangat hijrah dan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Moga nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini akan terus mekar dalam setiap jiwa masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan dan amnya di seluruh negara Malaysia.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
240717346 4467060873352723 2215259313924828345 n 240813125 4467060920019385 3457413514937921881 n
240826909 4467060770019400 1482357691904246569 n 240831004 4467060896686054 5858069210470411741 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel