05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR BENGKEL PENGACARAAN BERKARISMA (PENGENDALIAN RADIO DAN STUDIO) SECARA DALAM TALIAN

240585133 4486278944764249 4180961362192445165 n

02 SEPTEMBER 2021M | 24 MUHARRAM 1443H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Radio JAWI telah menganjurkan Bengkel Pengacaraan Berkarisma (Pengendalian Radio & Studio) yang dilaksanakan secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustazah Siti Aa'isyah binti Abdul Raman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Media Baharu, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, dan ucapan daripada Ustaz Shahril bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid (Pentadbir Radio JAWI)

Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Wan Syahrul Amry bin Wan Mansor dari Zayan FM dan Puan Intan Farhani binti Mohd Fadzil, dari Astro Radio. Seramai 50 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Peserta bengkel terdiri daripada wakil Bahagian Pengurusan Dakwah, Jamek FM, Radio JAWI, Masjid Wilayah Persekutuan, Studio Al-Fateh(JAWI Putrajaya) dan wakil-wakil masjid di Wilayah Persekutuan.

Melalui bengkel ini pembimbing menceritakan pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam bidang penyampai radio serta memberi pelbagai tips yang sangat berguna kepada semua peserta khususnya penyampaian/pengendali Radio dan Studio di JAWI. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan untuk lebih kompeten dan berkarisma dalam mengendalikan radio serta dapat menarik minat pendengar dan seterusnya menjadikan radio kendalian JAWI lebih komersial di kalangan pendengar.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
240508803 4486279981430812 5201085868601491801 n 241160018 4486280114764132 2199760330605339119 n
240521747 4486278911430919 6503874648894929028 n 240602774 4486278938097583 5363118985016315814 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel