05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN KAIN KAFAN KEPADA HOSPITAL AMPANG, SELANGOR

240942518 4498501503541993 6126764632734101641 n

06 SEPTEMBER 2021M | 28 MUHARRAM 1443H (ISNIN) - Telah berlangsung Majlis Serahan Sumbangan Kain Kafan kepada Hospital Ampang, Selangor. Dalam majlis ini, JAWI telah menyerahkan sumbangan sebanyak 240 set kain kafan bagi menampung keperluan jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Ampang. JAWI turut menyampaikan dua unit kerusi roda yang merupakan sumbangan daripada Dr. Haji Mazlan bin Haji Ahmad, Presiden Pertubuhan Zon Ekonomi Perdagangan dan Pelaburan Asia Pasifik. Selain itu JAWI turut menyumbangkan sebanyak 50 buah buku Panduan Bersuci dan Bersolat bagi Pesakit dan 50 buah buku Panduan Pengurusan Jenazah Menurut Islam.

Sumbangan telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada YBhg. Dr. Kasuadi bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang, Selangor. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini akan dapat melancarkan urusan pihak hospital dan mengeratkan jalinan kerjasama strategik antara pihak hospital dengan JAWI.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
240878418 4498502250208585 8754316799715590623 n   240863184 4498502073541936 6473307521496642254 n
241202477 4498501420208668 6500798152175572445 n   241552802 4498501640208646 7863233136750796698 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel