05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR SEMINAR MEDIA BAHARU DALAM TALIAN MELALUI FACEBOOK LIVE " CABARAN HIDUP BERKELUARGA KETIKA PANDEMIK COVID-19"

241558897 4501621356563341 3253258521451725828 n

07 SEPTEMBER 2021M | 29 MUHARRAM 1443H (SELASA) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Media Baharu yang dilaksanakan secara dalam talian melalui medium facebook JAWI, Radio JAWI dan Facebook Masjid Bukit Aman. Seminar ini berlangsung selama satu jam setengah bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Seminar ini dikendalikan oleh moderator selaku DJ Radio JAWI iaitu Ustaz Kamal Amir bin Osman yang lebih dikenali sebagai DJ Kaaf. Penceramah jemputan pula adalah kaunselor yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Norazman bin Amat, Ketua Kaunselor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang mengupas mengenai tajuk Cabaran Hidup Berkeluarga Ketika Pandemok Covod-19. Kupasan tajuk ini cukup memberi inspirasi kepada 111 orang peserta yang menyertai seminar ini. Peserta seminar adalah terdiri daripada warga JAWI dan warga pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat awam.

Seminar ini sangat memberi manfaat untuk membantu peserta menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa, penjaga dan dalam masa yang sama sebagai pekerja dalam menghadapi norma baharu yang begitu asing dan mencabar dalam mendepani pandemik Covid-19. Semoga seminar ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan inspirasi yang terbaik dalam menjalani kehidupan seharian.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel