05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AHLI KARIAH MASJID SAIDINA ABU BAKAR DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH

241700705 4511106875614789 8660159556166529208 n

10 SEPTEMBER 2021M | 03 SAFAR 1443H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hari ini telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2021 bersama dengan ahli kariah Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq (MSABA) Bangsar, Kuala Lumpur.

Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet ini telah disertai seramai 49 peserta dari kalangan ahli kariah MSABA.
Kursus ini telah dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit serta cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak dan sampaikan oleh Us. Mohd Hafiz bin Zabidin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah. Sesi kedua pula adalah teori praktikal berkaitan kewajipan orang hidup terhadap orang mati telah meliputi mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian. Sesi ini juga sempat merungkai dan menjawab beberapa persoalan dari peserta yang bertanya kepada penceramah.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah Intensif yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat yang optimum kepada para peserta yang hadir, seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
241626444 4511106978948112 6977785307640473741 n 241736200 4511107102281433 6870297253883956613 n
241752960 4511107182281425 8633970757235344262 n 241700705 4511106875614789 8660159556166529208 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel