05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL SEMAKAN MODUL PENGAJIAN MUALAF TAHUN 2021 SIRI 1 (SECARA MAYA)

240657723 285684086708773 6096657762023386805 n

02 OKTOBER 2021M | 25 SAFAR 1443H (AHAD) - Bengkel Semakan Modul Pengajian Mualaf Tahun 2021 Siri 1 (Secara Maya) selama 1 hari pada 2 Oktober 2021 dari 8.30 pagi - 1.00 petang telah pun selesai dijalankan dengan jayanya.

Bengkel Semakan Modul ini dikendalikan oleh 3 orang panel pakar iaitu Ustazah Wan Esma Wan Ahmad (Penolong Pengarah Kanan Seksyen Modul Cawangan Pembangunan Professionalisme, ILIM), YBrs. Dr Suariza@Hidayah binti Muhammad (Pengarah IDIP KL) dan YBrs. Dr. Norrodzoh binti Haji Siren (Pensyarah Kanan APIUM). Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada Tenaga Pengajar Mualaf Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, NGO Mualaf - PERKIM, Hidayah Centre Foundation, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Islamic Outreach ABIM, Amaniah Mualaf Care Center (AMCC) dan Multiracial Muslim (MRM).

Pengisian bengkel semakan modul ini dijalankan dengan pembentangan isu bagi penambahbaikan modul pengajian mualaf dan perbincangan secara dua hala dalam membentuk modul yang lebih baik dan sesuai untuk dijadikan panduan pengajaran kepada Tenaga Pengajar Mualaf mengikut perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Bengkel semakan modul ini akan berlangsung dalam 4 Siri iaitu pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Oktober.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
240465281 285684166708765 8277617404016852475 n 240587476 285684123375436 4475479186117695830 n
241554046 285684203375428 8011011905813849563 n  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel