05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PEMBANGUNAN KENDIRI PENGURUS JENAZAH JAWI 2021

244681927 287236663220182 8207801930356184333 n

10 OKTOBER 2021M | 03 RABIUL AWAL 1443H (AHAD) - Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hari ini telah Berjaya menganjurkan Kursus Pembangunan Kendiri Pengurus Jenazah JAWI bagi tahun 2021.

Kursus ini telah diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet dan telah disertai seramai 63 peserta dari kalangan pengurus jenazah JAWI dan pasukan petugas khas pengurus jenazah JAWI. Peserta-peserta ini adalah dari JAWI Kuala Lumpur, JAWI cawangan Putrajaya dan JAWI cawangan Labuan. Kursus pada kali ini juga dibuka kepada petugas khas pengurus jenazah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dari Kementerian Pertahanan Malaysia. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Slot pertama ceramah bertajuk “ Cabaran Frontliner Di Sebalik Perubahan Fasa Pandemik Ke Endemik “ telah disampaikan oleh Dr. Suhazeli bin Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Tengkawang, Terengganu. Beliau telah mengupas berkaitan isu pandemik dan isu berkaitan vaksin yang hangat diperbincangkan di negara ini.

Slot kedua pula disampaikan oleh Ustaz Ahmad tarmizi bin Mahmud, Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Penyelididkan JAKIM yang telah mengupas tajuk “ Hukum-Hukum Fiqh Berkaitan Pngurusan Jenazah Covid-19 “. Perkongsian beliau banyak berkisar berkaitan fatwa-fatwa dan perbincangan Fiqh dalam kalangan Para Ulama’ dalam menentukan sesuatu hokum berkaitan dengan Covid-19 ini.
Slot terakhir pula telah disampaikan oleh Ustaz Ilham bin Che Daud @ Zakaria Penolong Pengarah di Darul Quran JAKIM. Beliau telah menyampaikan ceramah motivasi bertajuk “ Dalam Ramai-Ramai Aku Yang Terpilih! “ untuk memberi semnagat dan motivasi kepada pengurus jenazah JAWI.
Pihak urusetia kursus berharap semua pengurus jenazah JAWI dapat mengambil manfaat melalui kursus yang telah dilaksanakan ini.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
244679315 287236749886840 3646121477425544563 n 244699572 287236706553511 2393943666667613377 n
   
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel