Terdapat ralat sambungan dengan API eSolat. Sila cuba sebentar lagi.

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI KONGSI ILMU PENGURUSAN JENAZAH MASYARAKAT DENGAN KERJASAMA MASJID AL-GHUFRAN

WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.17.16 PM

15 NOVEMBER 2021M | 10 RABIUL AKHIR 1443H (ISNIN) - Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (JAWI) pada hari ini telah bersama-sama menjayakan program Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Masjid al Ghufran, Kuala Lumpur.

 
Kursus Pengurusan Jenazah ini telah disertai seramai 22 peserta daripada kalangan ahli kariah masjid tersebut. Kursus telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
 
Kursus ini telah diselia oleh Us. Nor Hafizi bin Ab. Rahim, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah.  Sesi ceramah dimulakan dengan menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit serta cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak yang telah disampaikan oleh Ustazah Ruzeeta binti Saad, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah. Sesi kedua pula adalah praktikal secara kumpulan berkaitan kewajipan orang hidup terhadap orang mati telah meliputi mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian. Sesi ini juga sempat merungkai dan menjawab beberapa persoalan dari peserta yang bertanya kepada penceramah.
 
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan. 
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.17.16 PM 1 WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.17.14 PM
WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.17.16 PM WhatsApp Image 2021 11 15 at 5.17.15 PM
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel