05:49
Imsak
05:59
Subuh
13:16
Zohor
16:27
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SYARAHAN PERDANA WANITA UNGGUL 2021

161131564 3986100511448764 3048274175360273194 n
SYARAHAN PERDANA WANITA UNGGUL 2021
 
20 MAC 2021H|06 SYAABAN 1442H (SABTU) - Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama PUSPANITA JAWI & Masjid Al-Hidayah, Sentul.
Seramai 70 muslimat dari kariah Masjid Al Hidayah yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu pada hari ini. Penceramah undangan iaitu Ustazah Nurul Aqidah binti Mawardi, yang merupakan penceramah bebas telah menyampaikan kuliah bertajuk "Wanita Syurga" dan "Wanita Yang Baik Di dalam. Al Quran".
Program ini dihadiri oleh YBrs. Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI, YBrs. Tuan Haji Muhammad Jiwa bin Khairi, Pengerusi Masjid Al Hidayah, YBrs. Ustaz Muhammad Jalani bin Ahmad, PTA Zon 2, YBrs. Ustaz Abu Bakar bin Muhamad Noor, Ketua Naqib (imam) Masjid Al Hidayah dan YM Datin Hajah Raja Jamakyah binti Raja Borhan, Ketua Lajnah Muslimat Masjid Al Hidayah.
 
161254422 3986099908115491 6379906325743324508 n
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Naini Akmal binti Che Alias, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Di akhir majlis, acara penyampaian sumbangan oleh YBhg. Datin kepada 55 asnaf fakir miskin sekitar kariah Masjid Al Hidayah yang terkesan akibat pandemik covid 19.
 
163230818 3986101398115342 3526280283570197845 n

Cetak   Emel