AWAL MUHARAM 1439H DISAMBUT MERIAH DI ZON 2
21 September 2017 (Khamis) – Masjid-masjid di bawah Zon 2 dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah 1439H yang diadakan serentak di masjid masing-masing. Antara program yang dijalankan selepas solat maghrib ini ialah bacaan yasin secara berjemaah, ceramah perdana dan forum perdana. Sekitar 3,500 orang anak jemaah yang hadir untuk sama-sama menjayakan program tersebut di masjid-masjid di bawah Zon 2. Dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan kesatuan ummah disamping dapat menyemarakkan lagi pengimarahan di masjid-masjid Zon 2 JAWI. Program berakhir dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak masjid.
Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI
|